Followers

Advertisement.

Wednesday, February 15, 2012

Bila bersendirian...


Assalamualaikum w.b.t

Aku sangat terasa dengan quotes ini. Mengapa?




Kerana aku ditakdirkan untuk lebih banyak bersendirian daripada sentiasa bersama-sama sahabat sepanjang masa, seringkali aku terasa dengan keadaan di persekitaran aku. Terpinggir, tersisih, terpulau... Sebenarnya tidak pun tersisih dan seperti yang dinyatakan di atas, cuma jiwa terlalu sensitif, lalu memaksa aku untuk menyedihkan diri dengan hal remeh sedemikian rupa.

Kadang-kadang aku tak kuat nak lalui semuanya sendirian. Selalu aku kuatkan diri, ingatkan diri bahawa Allah sentiasa ada bersama kita jika kita sentiasa bersabar. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Aku berjaya lalui ujian-Nya dengan tabah. Teringat aku saat genting ketika aku bakal menduduki PMR. Aku tiada sahabat untuk mengadu masalah, tiada sahabat untuk aku berkongsi rasa, betapa aku tertekan waktu itu, dengan pelbagai subjek yang perlu aku ulangkaji dengan umur yang ketika itu tidak berapa matang lalu selalu diminda mengatakan itu susah ini susah, semua susah. Yang aku punya cuma kawan yang boleh bersembang perkara biasa-biasa sahaja. Tapi, berkat pertolongan Allah, aku berjaya sekali lagi dalam PMR dengan keputusan yang telah membuatkan umi-ku menangis gembira. Alhamdulillah! 

Aku masih mencari diriku. Mencari di mana silapku sehingga aku sering sesat dalam mengenal diri ini.
Ya Allah sesungguhnya aku hamba yang lemah dan hina.