Followers

Advertisement.

Sunday, April 17, 2011

Langit Ilahi : Kembara Hamba Mencari Cahaya- Akhlak mulia jambatan ke Syurga.

Salam Alaykum ;)

Semalam sepatutnya aku ikut satu kem motivasi tarbiah rohani kat Medan Gopeng. Program ni khas untuk pelajar lepasan SPM yang masih tunggu tawaran universitas tapi disebabkan aku agak rapat dengan seorang cikgu yang agak Islamik, beliau telah pun mengajak aku join sekali padahal jelas sekali aku bukan seorang penganggur. Ok, aku memang suka program macam ni, kalau ada kat sekolah mesti aku tak lepas pergi sebab ak suka jumpa fasilitator yang boleh dikongsi macam-macam pengalaman, lepas tu aku suka bila ada slot-slot yang sedih-sedih ala-ala cerita yang boleh bikin aku meleleh air mata sedar tak sedar haha! Paling best sekali bila ada slot yang nangis-nangis suruh kita semua insaf. Memang aku rasa nak peluk cium kaki mak aku time tu jugak sebab aku terasa sangat dengan slot tu.




Ok berbalik pada cerita asal, aku tak jadi pergi program tu sebab aku pun tak tau kenapa. Last minute aku cancel. Aku rasa macam tak boleh berjauhan dengan ummi aku walaupun hakikatnya aku dah biasa pergi kem-kem luar ni, tapi tak pernah pulak sampai sedih nak jauh-jauh ni. Mungkin Allah tak izinkan aku pergi.....




Disebabkan aku tak dapat pergi program itu, cikgu yang invite aku tu nak pinjamkan aku satu buku. Sebelum beliau pergi Medan Gopeng, beliau telah pun singgah ke rumah aku untuk hantar buku tu. Kembara Hamba Mencari Cahaya, karya Hilal Asyraf. Siapa tak kenal Asyraf ni? MashaAllah beliau seorang pelajar di Universiti Yarmouk, Jordan tapi dengan ilmu yang beliau ada, beliau telah menghasilkan banyak buku motivasi dan novel yang berlandaskan ciri-ciri Islam. Kawan aku pernah pinjamkan aku buku Hilal Asyraf dan aku masih tak habis baca lagi dek kesibukan pelbagai aktiviti di sekolah T.T Oh ye, buku-buku Hilal Asyraf ni banyak dijual kat MPH je, Popular rasanya takde.




Oh ye, sambung balik. Sejurus dapat je buku tu, aku terus bukak bookmark yang ada kat buku tu. Tertulis 'hadapi hinaan dengan sabar dan tenang..' Aku tak tau kenapa, tapi aku rasa macam jiwa aku terusik. Ada sesuatu yang menjentik hati aku. Syukran jazilan kepada Cikgu Siti Maria kerana bersungguh-sungguh menghantar buku tu dan sentiasa bagi motivasi rohani :)

Malam tu, nak dijadikan cerita pulak, dari awal maghrib sampai la dekat nak habis jugak aku duk terperam dalam tandas. Aku kena cirit birit tanpa sebab yang kukuh. Haha! Ye, sepanjang keberadaan aku dalam bilik air tu macam-macam yang aku pikir dan yang paling penting sekali, aku tau kenapa aku dapat feeling rasa macam taknak pergi program tu. Rupa-rupanya aku nak terkena penyakit ni pulak. Subhanallah.. Allah dah rancangkan semuanya. Tak dapat nak dibayangkan kalau aku pergi program tu. Memang sah lah aku tak boleh nak khusyuk. Dengan ubat segala aku takde. Subhanallah..


Akhlak Mulia Jambatan ke Syurga

Hari ni aku nak share sikit dengan apa yang aku baca dalam buku tu. Mudah-mudahan dapat dikongsi :)
Agak-agaklah, bila kita berakhlak mulia ni membawa kenutungan atau tak? Ada orang cakap kalau kita baik nanti kena pijak. Tapi takkan sebab satu fakta lagi auta tu kita tak boleh jadi baik kan? Akhlak yang baik lagi terpuji ni telah pun dibawa oleh suri kehidupan kita, seorang best follower. Siapa lagi kalau bukan Nabi kita, Muhammad s.a.w. 

"Rasulullah ialah orang yang paling bagus akhlaknya" Riwayat Muslim.

Islam mengajak manusia untuk membina fizikal dan jiwanya secara sempurna dan seimbang. Tidak kurang pada salah satunya. Daripada Abu Darda', " Tiada suatu perkara yang paling memberatkan timbangan kebaikan seorang Mukmin pada hari kiamat selain daripada akhlak mulia dan sesungguhnya Allah amat membenci kepada orang yang buruk perbuatan dan ucapannya." Riwayat at-Tirmizi. Abu Hiurairah r.a juga pernah bertanya kepada Rasulullah tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam surga, maka banginda menjawab, "BERTAKWA KEPADA ALLAH DAN BERAKHLAK MULIA." Riwayat at-Tirmizi.




Sementara, ketika ditanya pula tentang perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam neraka pula, baginda menjawab, "MULUT DAN KEMALUAN" Riwayat at-Tirmizi. Haaaa.. maknanya kita kena kurangkan bercakap sebab mulut ni boleh mengundang macam-macam hal. Pepatah melayu pun ada kata, "terlajak  perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata buruk padanya." Kadang-kadang kita tak sedar, percakapan kita mengguris hati orang dan macam-macam lagi. Pokoknya mulut mengundang lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Akhlak mulia sumber kebahagiaann dunia dan akhirat. So jangan lepaskan peluang untuk berbuat baik! =)
Assalamualaikum.